-PEMBENIHAN KELI-

Kami telah lama bercita-cita untuk menetaskan benih keli kami sendiri. Antara sebab yang paling ketara kerana pengalaman benih keli yang dibeli sering mati apabila dimasukkan ke kolam. Adakalanya mencecah hingga 50% kematian dalam masa tak sampai pun dua minggu!

Persoalan demi persoalan bermain dalam fikiran kami. Kenapa anak benih ini senang mati? Adakah faktor air? Atau faktor benih itu sendiri???

Kesimpulan yang dapat kami ambil; faktor paling utama adalah faktor benih itu sendiri. Ini kerana jika kita kaji semula, kenapa 50% benih keli boleh "survive" dan 50% lagi boleh mati? Ini bermaksud 50% benih yang hidup itu adalah benih keli yang betul² sihat dan kuat untuk melawan segala jenis bakteria/penyakit yang ada dalam air! Faktor berikutnya baharulah masalah air atau kolam dsb.

Justeru itu kami tercari² cara bagaimana untuk menghasilkan benih yang betul² sihat dan kuat supaya ianya tidak mudah diserang penyakit dan mudah mati. Ini secara tak langsung akan meningkatkan hasil ternakan kami dan dapat mengoptimumkan keuntungan syarikat.

Jawapan yang kami cari telah kami temui apabila berjumpa dengan seorang kawan yang lebih arif tentang pembenihan ikan keli ini. Beliau menyarankan kami untuk menghasilkan benih keli sendiri dengan menggunakan kaedah "Natural Breeding" atau dipanggil pembenihan secara semulajadi!

Menurut beliau lagi, kita tidak akan menggunakan hormon dan tidak perlu membunuh induk jantan untuk mendapatkan sperma. Apa yang perlu dilakukan adalah hanya dengan mengahwinkan induk jantan dan betina. Tetapi proses ini tidaklah semudah itu kerana kita perlu tahu waktu mengawan yang sesuai dan keadaan induk yang betul² matang untuk dikahwinkan.

Dengan teknik ini juga kita tidak perlu memerah keluar telur dari perut induk betina sebaliknya induk tersebut akan melepaskan telurnya sendiri semasa proses mengawan. Di sinilah titik tolaknya untuk mendapatkan benih keli yang betul² matang, sihat dan kuat. Ini kerana jika kita memerah keluar telur dari perut induk betina, ia berkemungkinan telur yang diperah keluar itu adalah tidak matang kerana selalunya kita akan perah sehingga telur itu habis keluar dari perut induk tsb. Ini sebaliknya berlaku jika induk betina itu melepaskan telurnya sendiri ketika mengawan. Sudah pasti ia hanya akan melepaskan telur² yang matang sahaja dan bukan semua telur akan dilepaskan ketika mengawan.

Alhamdulillah... kami telah beberapa kali berjaya menetaskan benih keli kami sendiri melalui teknik ini. Tetapi masih banyak lagi yang perlu kami pelajari terutamanya untuk mengasuh benih ini dari masa ia menetas sehinga naik saiz kepada 1.5" - 2". Buat masa ini, benih² yang kami hasilkan sendiri adalah untuk kegunaan kami sendiri sahaja walaupun ramai kawan² yang datang dan ingin mencuba benih yang kami hasilkan ini.

InsyaAllah... berilah kami sedikit waktu lagi untuk memperbaiki kelemahan² kami dalam menghasilkan benih keli ini supaya kami dapat membekalkan benih keli yang betul² berkualiti untuk kebaikan kawan² semua.... AMIN!

0 comments:

Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian





Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi kami.

Nama
Email
Perkara
Mesej
Pengesahan Imej
Salin perkataan daripada imej
[ Imej Lain ] [ Apakah Ini? ]

PENAFIAN : Segala maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini adalah berdasarkan kepada pengumpulan maklumat dan pandangan kami. Oleh itu, pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa juga kehilangan atau pun kesan sampingan yang berlaku terhadap mana-mana individu atau pun organisasi lain kesan ke atas penggunaan maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini - Copyright © 2008 Sedar Enterprises