Setelah lebih kurang enam bulan kami menjalankan projek penternakan keli ini, ternyata ianya tidak lah semudah seperti yang disangkakan. Pelbagai cabaran dan dugaan perlu kami tempuh dan lalui dengan penuh tabah dan kesabaran. Antara yang paling besar dan mencabar adalah dari segi pasaran kerana sudah terdapat ramai penternak keli di luar sana yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini berbanding kami yang masih setahun jagung! Walaupun pasaran keli kami ini masih belum meluas, tetapi kami yakin ianya masih ada selagi kita rajin bertanya dan berusaha. Rezeki sudah tentu tidak akan datang bergolek!
Cabaran yang tidak kurang hebatnya juga datang dari segi soal pengurusan dan "technicality" dalam penternakan keli ini yang perlu ditangani dengan cepat dan betul bagi memastikan kita mendapat pulangan yang setimpal dengan pelaburan yang telah dilakukan! Tambahan pula kami tidak pernah menghadiri mana² kursus berkaitan penternakan keli kerana kami lebih suka menimba ilmu daripada orang yang telah dulu menjalankan projek ini.
Dari awal² lagi yang paling membimbangkan kami ialah sumber air kami (dari dalam tanah) yang mengandungi kadar ammonia dan iron yang agak tinggi walaupun pH nya sekitar 7.5 sahaja. Walaupun keli ini dikatakan ikan yang agak lasak tetapi kami masih risau kerana pada peringkat benih ini ianya agak sensitif. Kami dinasihatkan untuk menakung air di dalam kolam lebih kurang 2-3 minggu sebelum memasukkan benih kerana ammonia dan iron akan mendap ke dasar kolam dalam tempoh tersebut. Sebaiknya air yang ditakung itu dialirkan keluar terlebih dahulu supaya dapat membuang ammonia dan iron yang termendap di dasar kolam dan kemudian barulah boleh memasukkan benih ke dalam kolam.
Untuk memasukkan benih ke dalam kolam juga perlu melalui cara yang betul. Benih yang baru sampai direndam bersama plastik ke dalam air kolam terlebih dahulu sebelum dilepaskan. Seperti yang dimaklumkan daripada rakan² yang telah lebih dahulu memulakan projek ini, benih keli ini mudah mati jika tidak diuruskan dengan betul. Anggaran peratusan kematian benih keli ini boleh mencapai 20% hingga ke 40% malah boleh lebih daripada itu. Memang tidak kami nafikan, ada benih keli yang telah mati walaupun belum sempat dilepaskan ke dalam kolam.

Paras ketinggian air kolam untuk peringkat benih juga mempunyai percanggahan pendapat. Ada yang mencadangkan hanya dinaikkan air setinggi 3 inci sahaja dari lantai dan ada pula yang mengesyorkan hingga ke paras 10 inci ke 1 kaki dari lantai. Antara alasan yang diberikan jika air terlampau tinggi, benih akan lemas dalam air kerana tidak sem
pat naik ke permukaan untuk mengambil oksigen. Jika terlalu cetek pula akan menyebabkan suhu air cepat meningkat dan akan memberi kesan kepada benih ikan. Daripada pengalaman, kami akan menakung air lebih kurang 8 - 12 inci untuk peringkat benih dan dinaikkan hingga 1.5 kaki untuk kolam pembesaran. Bagi memastikan benih mendapat oksigen yang cukup, kami akan menggunakan "blower".
Soal pemberian makanan juga perlu dititikberatkan kerana pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan benih² keli ini akan mati kekenyangan selain akan menyebabkan pembaziran. Makanan hendaklah ditabur secara sekata di setiap penjuru kolam supaya semua mendapat makan yang cukup. Sedikit kemahiran diperlukan untuk mengenalpasti benih² ini sudah mendapat makanan yang cukup apabila kerancakan merebut makanan menjadi semakin perlahan. Kami lebih suka merendam pellet (Starter) terlebih dahulu dan dikepal-kepal sebelum dibaling ke dalam kolam agar pellet ini tidak akan kembang di dalam perut ikan yang boleh mengakibatkan kematian.
Tumbesaran keli ini tidak sekata, ada yang akan lebih besar dahulu berbanding yang lain. Pendapat mengatakan ianya berlaku kerana ada di antara ikan ini yang 'menang makan' atau dari baka yang baik. Walau apa pendapat sekali pun, apabila situasi ini berlaku, penggredan perlulah dilakukan dengan segera. Ini kerana jika terjadi kekurangan makanan di dalam kolam, ikan yang besar ini akan memakan ikan yang lebih kecil secara nisbah 1:2. Kami akan melakukan penggredan apabila benih yang dimasukkan ke dalam kolam berusia 2 minggu atau apabila perbezaan tumbesaran ikan nampak terlalu ketara. Secara puratanya, sehingga habis satu pusingan, satu kolam benih akan digred menjadi tiga kolam apabila melalui proses pembesaran. Proses pembesaran boleh berlanjutan lebih dari 3 bulan jika proses penggredan ini tidak dilakukan secara berkala.
Alhamdulillah!!! dalam tempoh lebih kurang enam bulan penglibatan kami dalam projek penternakan keli ini, banyak juga cabaran dan pengalaman yang telah kami lalui dan perolehi. Terdapat juga perkembangan dan inovasi dalam usaha projek kami ini di mana kini kami mampu rumuskan makanan dan tetaskan benih sendiri!!!

0 comments:
Catat Ulasan