-PELLET KELI-

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kini kami sudah mampu menghasilkan pellet sendiri sbg makanan untuk ternakan keli kami. Ini secara tak langsung telah mengurangkan kos operasi syarikat kerana semua sedia maklum kos makanan untuk projek ternakan keli ini merangkumi sebanyak 70% daripada kos operasi projek itu sendiri.

Pada peringkat permulaan semasa memulakan projek ternakan keli ini, kami telah membeli mesin "mixer" (saiz 42) untuk menghancurkan ikan² baja yang kami beli dari pusat pendaratan ikan di Kuala Muda, Kedah & Pulau Pinang. Harga ikan² baja ini juga tidak menentu. Harga akan melambung tinggi jika ikan kurang.

Selain itu, kami juga menghadapi masalah apabila menggunakan ikan baja ini kerana tapak kolam kami agak berhampiran dengan rumah jiran² sekeliling. Selain masalah bau busuk, kami juga sering diganggu dengan kehadiran lalat² yang amat tidak menyenangkan kami ketika melakukan kerja. Sebelum jiran² semua komplen, kami ambil keputusan untuk tidak menggunakan ikan baja lagi sebagai sumber makanan ternakan kami.

Kebetulan pada waktu itu, kami ada berjumpa dengan seorang kawan yang telah lama menjalankan ternakan keli dengan menghasilkan makanan/pellet keli sendiri. Kami banyak mempelajari daripada beliau untuk menghasilkan pellet keli ini di samping menyertai kursus berkaitan pada masa yang sama.

Kini, dengan menggunakan mesin "mixer" kami itu, kami telah berjaya menghasilkan pellet keli dengan rumusan sendiri untuk ternakan keli kami. Namun kami masih lagi mencuba rumusan yang terbaik dari segi kandungan protein dan lemak serta saiz pellet yang bersesuaian untuk keli ini. Ini kerana ramai kawan² yang datang dan ingin membeli dan mencuba pellet keli kami ini. Kami harap kawan² semua dapat bersabar kerana kami masih ingin memperbaiki rumusan pellet tsb dan apa yang lebih penting lagi ialah untuk mendapatkan harga yang paling ekonomik untuk kita semua.... InsyaAllah... doakan kami...AMIN!

0 comments:

Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian





Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi kami.

Nama
Email
Perkara
Mesej
Pengesahan Imej
Salin perkataan daripada imej
[ Imej Lain ] [ Apakah Ini? ]

PENAFIAN : Segala maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini adalah berdasarkan kepada pengumpulan maklumat dan pandangan kami. Oleh itu, pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa juga kehilangan atau pun kesan sampingan yang berlaku terhadap mana-mana individu atau pun organisasi lain kesan ke atas penggunaan maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini - Copyright © 2008 Sedar Enterprises