SEDAR ENTERPRISES (PG0178252-P) adalah perniagaan perkongsian saudara yang telah didaftarkan semula pada 23 Mac 2008 di Pulau Pinang; bagi memulakan perniagaan berasaskan pertanian & penternakan. Ianya terlebih dahulu diusahakan oleh Allahyarham bapa kami iaitu Haji Arris Bin Abdullah sekitar tahun 1980-an dengan perniagaan berasaskan pengedaran.
Sebagai permulaan, kami telah pun mengusahakan projek pembenihan & penternakan lintah dengan kemasukan induk sebanyak 10,000 ekor pada Mei, 2008. Kami berhasrat menjadi "pusat sehenti" bagi para penternak lintah dengan membekalkan keperluan penternakan lintah seperti benih & induk lintah itu sendiri selain belut hidup, baja organik, EM dll.
Selain itu, kami juga menjalankan projek penternakan keli bermula pada November, 2008. Pada peringkat permulaan kami hanya bertumpu kepada proses pembesaran keli sahaja. Alhamdulillah, pada Jun, 2009 kami telah berjaya menghasilkan benih kami sendiri dengan menggunakan teknik pembenihan secara "semula jadi". Keli kami juga hanya diberi makan pellet 100% dengan menggunakan rumusan pellet kami sendiri (protin 33%, lemak 14%).
Kini, kami sedang berusaha keras untuk memenuhi permintaan yang amat menggalakkan terhadap benih & pellet keli ini!
Harapan kami di masa depan adalah dapat menceburkan diri di bidang pemprosesan makanan berasaskan ikan pula....AMIN!
...Sanjungilah Ekonomi Dan Amanah Rakyat! ( Allahyarham Hj. Arris Bin Abdullah)
0 comments:
Catat Ulasan