Penyediaan kolam lintah ini adalah langkah terawal yang perlu dititikberatkan dan dilakukan dengan teliti sebelum kita boleh memasukkan lintah ke dalam kolam ternakan. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan lintah tidak terkejut dan cepat mesra air apabila dimasukkan ke kolam.
1. Matikan kolam
- Matikan kolam di sini bermaksud mencuci kolam sebersih-bersihnya daripada sisa kimia (yang datang dari simen, pasu dan pasir/batu sungai) dan kotoran-kotoran lain yang terdapat di dalam kolam.
- Sebelum me'matikan kolam', pasu dan pasir/batu sungai bolehlah dimasukkan ke dalam kolam.
- Penggunaan pasu adalah sebagai mahligai (tempat lintah mengawan & bertelur), manakala pasir/batu sungai pula bertujuan menyejukkan air kolam dan memberi keselesaan kepada lintah.
- Kemudian sental bahagian dalam kolam sama ada dengan batang pisang, nenas tua atau daun ketapang.
- Seterusnya masukkan air ke dalam kolam ke paras yang dikehendaki dan rendamkan bahan tersebut selama seminggu.
- Implikasinya adalah untuk menyerap sisa kimia dalam kolam dan memastikan airnya tidak tercemar dengan kandungan nitrit yang boleh memudaratkan lintah.
2. Menghidupkan Air
- Ia bermaksud untuk mewujudkan ekosistem kolam yang baik dan kaya dengan sumber makanan untuk lintah.
- Selepas melakukan proses 'matikan kolam', buang air dan bahan yang direndam dari kolam dan bilas kolam dengan air sekali lagi untuk memastikan ia benar² bersih.
- Masukkan tanah atau selut (yang bebas dari racun, siput, ikan dsb) ke dalam kolam. Fungsi tanah atau selut adalah sebagai medium semulajadi kepada lintah untuk merawat dirinya.
- Kemudian taburkan baja atau makanan lintah ke atas lapisan tanah tadi.
- Seterusnya masukkan air ke paras yang sesuai (8" - 10") beserta tumbuhan air ke dalam kolam.
- Masukkan EMAS (Effective Microorganism Activated Solution) mengikut sukatan tertentu ke dalam kolam untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.
- Biarkan kolam tersebut selama sekurang-kurangya tiga minggu sebelum memasukkan induk dan benih lintah ke dalam kolam.
P/S: Terima kasih kepada Abg Mahadzir dari Warisan Agro Resources yang telah banyak memberi tunjuk ajar.
0 comments:
Catat Ulasan