-PENGGUNAAN ACTIVATED EM-

Penggunaan Activated EM atau EMAS (Effective Microorganism Activated Solution) telah banyak membantu dalam industri penternakan, pertanian, perikanan dan sebagainya. Di ladang ternakan lembu atau kambing, ianya digunakan untuk mengawal bau dan menambah nilai hasil tinja ternakan.
Dalam aktiviti pertanian pula, ia dapat membantu menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur tanah. Kini, ianya juga digunakan dalam pengurusan kolam ternakan lintah. Ia akan membantu menghasilkan plankton, menyuburkan tumbuhan kolam dan mengoptimakan ph air dalam kolam.

EM (Effective Microbe) adalah kumpulan kultur bakteria berfaedah/baik; hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang digunakan untuk tujuan membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/jahat yang ada dalam sistem tumbesaran.

Antara fungsi dan kebaikannya ialah :
  • Membantu penguraian/pereputan bahan organik dan bahan buangan
  • Menghalang patogen-patogen jahat yang ada dalam tumbesaran
  • Mengitar semula dan menambah kehadiran nutrien dalam tanaman
  • Mengeluarkan molekul organik yang ringkas dan mudah diambil oleh tanaman
  • Menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur tanah

FAQ's

1. Sukatan yang sesuai bagi sesebuah kolam ternakan?

- Bergantung pada saiz kolam dan isipadu air. Formula berikut digunakan :
(Lebar Kolam) x (Panjang Kolam) x (Tinggi Air Dlm Kolam) x (Isipadu Air/Kps=28 liter)

Cth: (10 kaki) x (18 kaki) x (1 kaki) x (28 liter) = 5040 liter

Dos yang dicadangkan ialah 1:10000
= 1/10000 x 5040 liter = 0.504 liter EM diperlukan (504 ml)

P/S: Bagi peringkat benih, dos yang dicadangkan ialah 1:20000


2. Kekerapan penggunaan yang disyorkan?

- Kekerapan adalah setiap minggu untuk bulan pertama dan 2 minggu sekali untuk bulan kedua dan berikutnya.

3. Bagaimanakah cara untuk menggunakannya?

- Ia hendaklah dihomogenisekan 95 x. Ini bagi membiasakan mikrob dengan persekitaran baru dan memastikan 100% bakteria hidup serta mengelakkan kesan² sampingan yang mungkin berlaku.

Langkah 1

- Setiap pengaktifan adalah 5%. 504ml adalah 5% dan kita mesti mengambil air kolam tersebut sebanyak 95%. Di sini bermaksud air kolam adalah 0.504 x 95/5 = 9.576 liter. Jumlah 0.504 (EM) + 9.576 (air kolam) =10.08 liter (100%). Untuk semakan, 5% daripada 10.08 adalah 0.504 liter.

Langkah 2

- Setelah 15 minit, tuangkan larutan ke dalam kolam serata-ratanya.

P/S: Sumber maklumat adalah daripada En. Fauzi (Nature Agro) - Pengeluar PROBAC

0 comments:

Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian





Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi kami.

Nama
Email
Perkara
Mesej
Pengesahan Imej
Salin perkataan daripada imej
[ Imej Lain ] [ Apakah Ini? ]

PENAFIAN : Segala maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini adalah berdasarkan kepada pengumpulan maklumat dan pandangan kami. Oleh itu, pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa juga kehilangan atau pun kesan sampingan yang berlaku terhadap mana-mana individu atau pun organisasi lain kesan ke atas penggunaan maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini - Copyright © 2008 Sedar Enterprises