Alhamdulillah... akhirnya projek keli kami sudah bermula!!! Kami telah memasukkan benih sebanyak 10, 000 ekor pada 4 Nov 2008 yang lepas sebagai projek percubaan. Banyak perhatian yang perlu diberikan kerana kami masih baru dan sedang mempelajari teknik² dan selok-belok untuk memelihara ikan ini.
Buat masa sekarang kami merancang untuk memasukkan benih keli ini secara berperingkat dengan menggunakan 12 kolam yang sedia ada untuk projek keli ini. Ia bertujuan untuk memastikan stok keli sentiasa ada untuk dipasarkan.
InsyaAllah... dengan penuh harapan, 3 bulan dari sekarang batch keli kami yang pertama akan dapat dipasarkan... AMIN!
0 comments:
Catat Ulasan