Seperti yang dirancang, kami kini mula memasarkan baja yang diproses secara bioteknologi yang mampu mewujudkan plankton sebagai sumber makanan untuk lintah.
Penggunaan baja ini dapat membantu pembiakan dan pembesaran lintah. Kami telah menggunakannya dan terdapat perbezaan pada lintah yang kini juga kelihatan lebih sihat dan aktif.
Zooplankton & Phytoplankton yang terhasil daripada baja inilah yang akan menjadi sumber makanan kepada anak-anak lintah untuk membesar.
Penggunaan EM (Effective Microorganism) diperlukan untuk mempercepatkan lagi tindakbalas dengan baja ini untuk menghasilkan plankton. Selain itu, penggunaan EM juga berfungsi untuk mengekalkan kadar optima pH air untuk lintah (antara 5.5pH hingga 7.5pH), menghilangkan bau dan menyuburkan tumbuhan di dalam kolam.
Penggunaan baja ini tidak hanya meliputi bagi kolam penternakan lintah sahaja. Malahan ia juga sesuai bagi kolam penternakan ikan air tawar seperti keli, puyu dan sebagainya.
Lebih istimewa lagi, baja ini juga sangat baik digunakan bagi menjalankan aktiviti pertanian. Ianya hanya perlu dicampur dengan tanah sebelum digunakan untuk penanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan.
Justeru itu, anda perlu mendapatkan baja ini. Harga adalah serendah RM5.00 per kg. Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi kami atau datang sendiri ke tempat kami.
P/S: Bagi tempahan luar kawasan Pulau Pinang, kami akan menghantar melalui khidmat penghantaran bungkusan pos biasa. Kadar bayaran (yang dikenakan oleh POS MALAYSIA) adalah RM2.50 bagi 1Kg. Tambahan RM1.00 bagi setiap tambahan 1Kg. (Cth: 2Kg = RM3.50, 3Kg = RM4.50). Penghantaran akan dibuat selepas kami menerima bayaran sepenuhnya daripada pelanggan dan ia dijangka mengambil masa selama 4-5 hari.
0 comments:
Catat Ulasan